Monday, May 29, 2006

Kutipan Yuran Keahlian, Pendaftaran Ahli Baru DECOREAS dan Sumbangan Bulanan untuk Surau Sementara Al Hidayah Desa Coalfields

DECOREAS akan mengadakan Kempen Kutipan Yuran Keahlian & Pendaftaran Ahli Baru bagi tahun 2006 serta berkerjasama dengan pihak Surau Al Hidayah Desa Coalfields untuk mengutip Sumbangan Bulanan Surau mulai 27 Mei 2006 sehingga 30 Jun 2006. Kaunter bayaran dan pendaftaran akan di buka pada setiap Rabu, Jumaat & Sabtu dari jam 9:00 malam hingga 11:00 malam di Restoran Tomyam Sejati. Pihak Surau juga akan membuka kaunter sumbangan di sebelah kaunter DECOREAS.

Yuran keahlian adalah sebanyak RM 5 sebulan dimana ahli diberi pilihan untuk membayarnya sekaligus atau separuh (dua kali bayar). Rancangan kutipan seterusnya adalah pada bulan November 2006. Manakala bagi sumbangan surau, pihak akan mengutip sumbangan sebanyak RM 30 untuk tiga bulan iaitu untuk April – Jun 2006.

Kerjasama ahli amatlah diharapkan bagi melicinkan perjalanan aktiviti2 yang telah di rancang oleh DECOREAS sepanjang tahun 2006.

ISU KESELAMATAN

Biro Keselamatan telah mendapat beberapa sebutharga berkenaan Perkhidmatan Pengawal Keselamatan di kawasan Desa Coalfields. Terdapat dua pilihan dalam mengambil pengawal keselamatan:

  • Melalui DECOREAS di mana yuran bulanan akan di kutip oleh wakil DECOREAS.
  • Pihak keselamatan mengutip bayaran bulanan terus daripada penduduk yang berminat menggunakan perkhidmatan ini.

DECOREAS bercadang memilih cara kedua dimana ianya tidak membebankan persatuan dan penduduk boleh berhubung terus dengan pihak keselamatan. Satu logo atau tanda pada rumah yang bersetuju untuk menggunakan khidmat pengawal keselamatan akan dilaksanakan. Pihak persatuan masih lagi dalam sessi perbincangan mengenai isu pengambilan pengawal keselamatan dimana perlu diteliti dengan sebaik-baiknya sebelum keputusan di ambil.

Berhubung isu Rukun Tetangga (Neighbourhood Watch), DECOREAS dalam proses menganalisis data penduduk berdasarkan Program Bancian yang diadakan baru-baru ini untuk melihat persetujuan penduduk mengenai RT.

Status Pembinaan Sekolah Rendah di Desa Coalfileds dibawah RMK 9

Pihak pemaju, KL Kepong (KLK) telah memaklumkan kepada DECOREAS bahawa pembinaan sekolah rendah di Desa Coalfields telah diluluskan untuk pembinaan di bawah RMK 9. Pihak Kementerian Pelajaran telah menghantar surat makluman tersebut kepada KLK dan ianya telah disalinkan kepada DECOREAS. Pihak KLK meminta surat sokongan daripada DECOREAS untuk diajukan kepada pihak Kementerian Pelajaran supaya pembinaan sekolah ini dapat dicepatkan ke tahun ini. Sekolah rendah yang akan dibina nanti di namakan Sekolah Kebangsaan Desa Aman (Coalfields).

Pembukaan Pejabat Persatuan Penduduk Desa Coalfields

Persatuan Penduduk Desa Coalfields (DECOREAS) telah berjaya mendapat tempat untuk dijadikan pejabat sementara dimana ianya disewa di bilik tingkat bawah Surau Al Hidayah Desa Coalfields. Kos sewaan sebulan adalah sebanyak RM 120. Jawatankuasa DECOREAS telah bersetuju untuk membuka pejabat seperti waktu di bawah:

Waktu operasi pejabat:
Isnin – Jumaat : 8:00mlm – 10:00mlm.
Sabtu : 3:00ptg – 5:00ptg
Ahad : Tutup.

Monday, May 01, 2006

Mesyuarat

Adalah dimaklumkan bahawa mesyuarat kali ke 3 akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 6-Jun-2006
Hari : Jumaat
Tempat: Tomyam Sejati, Desa Coalfileds.
Masa : Jam 09:00 Malam
Agenda:


2. Sehubungan dengan itu saudara-saudari dikehendaki hadir bagi melaksanakan tanggungjawab dan meneruskan kesinambungan perjuangan DECOREAS terhadap ahli-ahlinya,


Sekian, terima kasih

Trump Baja Sales
Cingular Phones