LAMAN WEB RASMI DECOREAS
Salam sejahtera kepada ahli DECOREAS,
Untuk makluman tuan-tuan, pada masa sekarang DECOREAS menggunakan blog sebagai halaman rasmi persatuan kita. Saya tahu blog bukanlah sepatutnya menjadi halaman rasmi kepada sesebuah persatuan atau pertubuhan. Sebaliknya blog adalah satu jurnal elektronik individu @ catatan individu.
Kenapa saya memilih blog?
- Percuma. Blog merupakan salah satu infrastruktur percuma yang disediakan oleh beberapa ASP bagi tujuan public publishing. Sebelum kita boleh mempunyai laman web sendiri, kita perlu mendaftarkan domain kita terlebih dahulu seperti www.decoreas.com.my . kos bagi domain ini adalah RM80-RM100 setahun. selain itu kita perlu mempunyai server sendiri yang mana harganya mencecah RM5000 atau kita boleh menggunakan perkhidmatan hosting sebanyak 200 setahun. jadi jumlah kos yang perlu digunakan adalah RM300.00, sedangkan banyak perbelanjaan diperlukan untuk pekara yang lebih penting seperti projek pagar sekitar fasa 1C dan B dan sebagainya.
- Tempoh Percubaan. Bagi memastikan setiap pelaburan DECOREAS tidak membazir, saya mencuba blog terlebih dahulu untuk melihat kadar capaian atau kadar kekerapan blog ini dibaca oleh ahli-ahli. Jika kadar capaian agak tinggi, maka pengguna halaman web adalah berkesan dan bolehlah kita mendaftar domain kita sendiri.
- Interaktif. Blog mempunyai ciri-ciri interaktif 2 hala yang kita perlukan dimana ahli-ahli boleh memberikan pendapat dan aduan kepada DECOREAS.
Selepas ini saya berharap kita dapat memanafaatkan blog DECOREAS ini bagi tujuan kebaikan untuk semua.
SELAMAT MEMBACA DAN MEMBERIKAN IDEA YANG BERNAS

8 Comments:
Bagi pendapat saya adalah lebih baik kita gunakan sahaja blogspot percuma ini. Tidak perlu kita membazirkan wang untuk membeli domain yang tidak murah harganya.
Yang penting laman blog ini boleh dimanfaatkan bersama oleh penduduk Desa Coalfields tak kira sama ada Ahli Decoreas atau yang belum menjadi ahli.
Saya harap moderator/webmaster dapat memantau selalu Blogspot ini dan boleh mewar-warkan URL blogspot ini kepada seluruh penduduk Desa Coalfields untuk manfaat bersama.
Satu lagi kalau dapat pohonkan lah kepada TM untuk dapatkan hotspot. Orang Allamanda tak ada Land Line (fixed line) lagi untuk melayar Internet di rumah.
9W2ALZ Razali http://9w2alz.wordpress.com
Terima kasih En Razali,
sebenarnya memang kita buka blog nie pada semua orang.dan alamat blog ini ada dicetakkan pada resit decoreas.
saya rasa ok je buat laman blog nie
sekurang2nya ada sumber maklumat yg boleh dimanfaatkan bersama
please visit http//dccc12.blogspot.com
You have to express more your opinion to attract more readers, because just a video or plain text without any personal approach is not that valuable. But it is just form my point of view
Not bad article, but I really miss that you didn't express your opinion, but ok you just have different approach
If you're having trouble accessing Decoreas.com, edit the following file (For WinXP only)
c:\windows\system32\drivers\etc\hosts
Add the text below to the hosts file:
60.52.137.198 www.decoreas.com
Salam,
Blog atau website untuk persatuan Penduduk Desa Coalfield. dah tak aktif lagi ke?
-penduduk baru, avina-
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home