ISU KESELAMATAN
Biro Keselamatan telah mendapat beberapa sebutharga berkenaan Perkhidmatan Pengawal Keselamatan di kawasan Desa Coalfields. Terdapat dua pilihan dalam mengambil pengawal keselamatan:
- Melalui DECOREAS di mana yuran bulanan akan di kutip oleh wakil DECOREAS.
- Pihak keselamatan mengutip bayaran bulanan terus daripada penduduk yang berminat menggunakan perkhidmatan ini.
DECOREAS bercadang memilih cara kedua dimana ianya tidak membebankan persatuan dan penduduk boleh berhubung terus dengan pihak keselamatan. Satu logo atau tanda pada rumah yang bersetuju untuk menggunakan khidmat pengawal keselamatan akan dilaksanakan. Pihak persatuan masih lagi dalam sessi perbincangan mengenai isu pengambilan pengawal keselamatan dimana perlu diteliti dengan sebaik-baiknya sebelum keputusan di ambil.
Berhubung isu Rukun Tetangga (Neighbourhood Watch), DECOREAS dalam proses menganalisis data penduduk berdasarkan Program Bancian yang diadakan baru-baru ini untuk melihat persetujuan penduduk mengenai RT.
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home