Wednesday, April 18, 2007

LAWATAN KE KELANTAN

Adalah dimaklumkan bahawa Biro Hal Ehwal Wanita(HEW), Persatuan Penduduk Desa Coalfields (DECOREAS) dengan kerjasama RH Bestari Travel & Tour Agency akan menganjurkan satu lawatan ke negeri Kelantan pada :

Tarikh : 25hb Mei 2007 - 27hb Mei 2007 (3H1M)

Bayaran : RM90.00 seorang termasuk tempat penginapan 2 orang sebilik (Makanan tidak disediakan)

Pengangkutan : Bas sekolah berhawa dingin

HARI PERTAMA : KUALA LUMPURKOTA BHARU

Bas akan mengambil semua peserta di tempat berkumpul sekitar jam 09:00malam. Bertolak ke Kota Bharu dan akan berhenti rehat di dua perhentian seperti Raub dan Gua Musang ( bersesuaian dengan masa dan keadaan).

HARI KEDUA : KOTA BHARU

Sebaik tiba di Kota Bharu, perjalanan akan diteruskan ke Rantau Panjang untuk membeli-belah. Selepas membeli-belah, sekitar jam 02:00 petang, meneruskan lawatan ke Pantai Sabak, Kilang Batik Asli, Wakaf Che Yeh dan Pengkalan Kubor. Pada lewat petang bertolak ke hotel untuk check-in dan berehat. Pada sebelah malam, acara bebas dan peserta berpeluang untuk bersiar-siar di sekitar bandar.

HARI KETIGA : KOTA BHARU – KUALA TERENGGANU – KUALA LUMPUR

Selepas bersarapan pagi di sekitar hotel, check-out dan perjalanan pulang ke Kuala Lumpur melalui bandar Kuala Terengganu. Sebaik tiba di Kuala Terengganu, peserta akan dibawa ke Pasar Payang yang cukup terkenal sebagai tempat membeli buah tangan, kain batik, pakaian dan manisan. Lawatan juga diteruskan ke tempat membuat Keropok Lekor. Dalam perjalanan pulang, rombongan akan singgah bersembahyang Asar di Masjid Terapung Terengganu. Selepas itu, perjalanan diteruskan ke Kuala Lumpur. Dijangka tiba di Kuala Lumpur sekitar jam 11:30malam

Sekiranya anda berminat sila SMS ke 019-2217970 dahulu dan kembalikan keratan ini selewat-lewatnya 25hb April 2007 kepada mana-mana urusetia di bawah atau terus ke Peti Surat No. 11A, Jalan DC 1/17. Bayaran boleh dibuat 2 kali dan bayaran akhir hendaklah dibuat sebelum 12hb Mei 2007. Tempat adalah terhad.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi urusetia berikut :

Fadzilah(Angah) No. 11A, Jalan DC 1/17 019-2217970 Nor Aznita No. 20, Jalan DC 1/15 016-3404445

Azita Hj Badrin No. 2, Jalan DC 1/7 019-6336204 Siti Khadijah No. 11A, Jalan DC 1/21 017-3171435

Sekian, terimakasih.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home

Trump Baja Sales
Cingular Phones