Thursday, March 29, 2007

BORANG PENDAFTARAN AHLI

Diminta penduduk-penduduk yang telah mengisi borang pendaftaran ahli memulangkan borang tersebut kepada saya di No 38, Jalan DC 1/15. atau hubungi saya di no 0192712498. Bagi yang belum ada borang tetapi ingin menjadi ahli, sila telefon atau email ke fitri.ramli@gmail.com.
terima kasih.

Sunday, March 25, 2007

LAMAN WEB RASMI DECOREAS

Salam sejahtera kepada ahli DECOREAS,
Untuk makluman tuan-tuan, pada masa sekarang DECOREAS menggunakan blog sebagai halaman rasmi persatuan kita. Saya tahu blog bukanlah sepatutnya menjadi halaman rasmi kepada sesebuah persatuan atau pertubuhan. Sebaliknya blog adalah satu jurnal elektronik individu @ catatan individu.

Kenapa saya memilih blog?
  • Percuma. Blog merupakan salah satu infrastruktur percuma yang disediakan oleh beberapa ASP bagi tujuan public publishing. Sebelum kita boleh mempunyai laman web sendiri, kita perlu mendaftarkan domain kita terlebih dahulu seperti www.decoreas.com.my . kos bagi domain ini adalah RM80-RM100 setahun. selain itu kita perlu mempunyai server sendiri yang mana harganya mencecah RM5000 atau kita boleh menggunakan perkhidmatan hosting sebanyak 200 setahun. jadi jumlah kos yang perlu digunakan adalah RM300.00, sedangkan banyak perbelanjaan diperlukan untuk pekara yang lebih penting seperti projek pagar sekitar fasa 1C dan B dan sebagainya.
  • Tempoh Percubaan. Bagi memastikan setiap pelaburan DECOREAS tidak membazir, saya mencuba blog terlebih dahulu untuk melihat kadar capaian atau kadar kekerapan blog ini dibaca oleh ahli-ahli. Jika kadar capaian agak tinggi, maka pengguna halaman web adalah berkesan dan bolehlah kita mendaftar domain kita sendiri.
  • Interaktif. Blog mempunyai ciri-ciri interaktif 2 hala yang kita perlukan dimana ahli-ahli boleh memberikan pendapat dan aduan kepada DECOREAS.

Selepas ini saya berharap kita dapat memanafaatkan blog DECOREAS ini bagi tujuan kebaikan untuk semua.

SELAMAT MEMBACA DAN MEMBERIKAN IDEA YANG BERNAS

Mesyuarat Agung DECOREAS KALI 2

Mesyuarat Agung Kali 2, telah diadakan semalam dengan jayanya tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini. Tiada sebarang bantahan kepada minit mesyuarat, laporan kewangan dan aktiviti yang telah dijalankan sepanjang tahun 2006.
Usul-usul yang telah dibawa kedalam AGM kali ini agak sedikit dan iaitu 3 usul sahaja:
1) Pinda alamat persatuan.
2) Penggunaan pengawal keselamatan.
3) Pembangunan pasar.

Terima kasih diucapakan pada para hadirin yang menghadiri mesyuarat dan pada penduduk alamanda yang datang sendiri untuk melihat perjuangan DECOREAS.
terimakasih.

Thursday, March 22, 2007

PERKEMBANGAN PERMOHONAN SEKOLAH DAN DEWAN ORANG RAMAI

DECOREAS sejak tahun lalu telah memohon melalui biro Infrastruktur dan Biro Perhubungan Awam sebuah sekolah rendah dan dewan orang ramai. Permohonan ini telah diluluskan dan DECOREAS (2007). Manakala bagi dewan orang ramai pula, MDKS dalam proses untuk mengeluarkan tender bagi pembinaan tahun ini juga. dengar ceritanya budget untuk ini RM200,000.00. lepas nie senang la kita nak main badminton atau mengadakan sesuatu majlis. Diharapkan Benda ini menjadi kenyataan.

Friday, March 16, 2007

Kenapa Anda Perlu Hadir Ke AGM

AGM akan diadakan tidak lama lagi. Pastinya semua ahli telah mendapat laporan tahunan 2006 DECOREAS. Sudahkah anda membacanya?. Kenapa anda perlu membacanya?

Untuk makluman anda, AGM adalah satu mesyuarat yang membolehkan ahli-ahli membahaskan usul dan mengubal undang-undang persatuan agar Persatuan dapat bergerak dengan lebih teratur dan fokus kepada matlamatnya. Soalan yang selalu kita dengar atau kita sendiri ucapkan; "tiap-tiap bulan kutip rm5, apa persatuan buat?". Jadi untuk mendapatkan jawapannya, bacalah buku laporan tahunan yang dibekalkan kepada anda. untuk makluman anda, duit photostat buku laporan juga menggunakan duit persatuan, jadi rugi lah kalau tak baca.

AGM adalah tempat dimana anda boleh mengemukan sebarang usul kepada persatuan, jadi gunakanlah peluang ini untuk mengemukakan idea anda yang bernas. Bukannya bercerita tak puas hati kat tomyam sejati atau maju ahmad. sudah pasti ia tidak mendatangkan hasil atau apa-apa perubahan.
Jadi hadirlah ke AGM, ingat "PERSATUAN KITA TANGGUNGJAWAB KITA"


MESYUARAT AGUNG KALI KE 2

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE 2
TEMPAT: TOMYAM SEJATI
TARIKH: 24/MARCH/2007
MASA : 8:30 MALAM

Trump Baja Sales
Cingular Phones