Friday, September 22, 2006

SELAMAT BERPUASA DARI DECOREAS

DECOREAS MENGUCAPKAN SELAMAT BERPUASA KEPADA AHLI DECOREAS YANG BERAGAMA ISLAM. BERSAMALAH KITA MEMPERBANYAKKAN IBADAT DI BULAN YANG MULIA INI.

LOGO RASMI DECOREAS

Penerangan mengenai logo adalah seperti di bawah:

  1. Latar belakang secara keseluruhan.

Menjelaskan salah satu objektif penubuhan persatuan bagi membina kehidupan yang aman, damai dan harmoni.

  1. Sungai mengalir.

Melambangkan kehidupan saling bantu membantu umpama aur dengan tebing.

  1. Pelangi pelbagai warna

Melambangkan penduduk berblang bangsa dan agama.

  1. Burung bertebangan.

Melambangkan kehidupan yang bebas dari unsur-unsur negatif.

  1. Matahari.

Melambangkan persatuan yang menjadi pemudahcara kepada permasalahan ahli-ahli.

  1. Lelaki dewasa, perempuan dewasa, kanak-kanak perempuan dan kanak-kanak lelaki.

Melambangkan semangat kekeluargaan kesemua ahli persatuan.

  1. PERSATUAN PENDUDUK DESA COALFIELDS, SUNGAI BULOH, SELANGOR (No.Pendaftaran:0930-05-7).

Nama rasmi persatuan penduduk dan nombor pendaftaran persatuan.

Warna

  1. Biru : Melambangkan perpaduan.
  2. Hijau: Melambangkan Kedamaian
  3. Kuning: Melambangkan Kecerian.
  4. Putih : Melambangkan Kesucian.
  5. Coklat: Melambangkan Keuntuhan

DECOREAS Kehilangan Seorang AJK Yang Banyak Menabur Jasa

Pada 18/Sep/2006 , Shahfitri (Ajk Biro Perhubungan Awam) telah menghembuskan nafas terakhir akibat dari serangan strok.
Beliau merupakan seorang yang begitu komited terhadap perjuangan DECOREAS bagi memastikan apa yang diamanahkan berjalan lancar. Sehubungan dengan itu pihak persatuan mengucapkan takziah kepada keluarga beliau. AlFatihah.

Trump Baja Sales
Cingular Phones