Thursday, June 29, 2006

Perbincangan Bersama KL Kepong

Satu perbincangan telah diadakan pada 24 Jun 2006 dengan KLK bagi mengutarakan beberapa isu yang penting. Didalam perbincangan tersebut KLK telah mengumumkan bahawa:
1.Pagar di fasa 1C akan dibina didalam masa 4 bulan dari sekarang.
2.Padang permainan akan di tambah baik seperti di Alamanda.
3.Pavement untuk setiap fitness station.
4.Naik taraf jalan didepan desa coalfields kepada 6 lorong.
5.sumbangan RM1000 kepada Decoreas bagi kejohanan Bola sepak baru-baru ini.

Projek Amal Cuci Kereta.

Projek amal cuci kereta akan diadakan pada 1/7/2006 sabtu, bermula dari 8:00 pagi hingga 6:00 petang. Program ini adalah bertujuan bagi mengumpul dana persatuan. Dengan harga yang lebih rendah berbanding harga luar, pihak DECOREAS berharap ia akan mendapat sambutan dari penduduk.

HARGA
KERETA RM7
MPV RM10
MOTOSIKAL RM 2

BASUH & VAKUM

Gotong Royong Bersama MDKS



18 Jun 2006
DECOREAS telah menganjurkan gotong royong bersama MDKS bagi memastikan persekitaran yang bersih dan selesa bagi penduduk desa coalfields. Majlis dimulakan seawal 8.30 pagi dengan ucapan dari Pengerusi decoreas dan diteruskan dengan perasmian oleh Setiausaha MDKS.
Secara keseluruhannya program ini bolehlah dianggap berjaya. Pihak DECOREAS telah memajukan beberapa pekara kepada MDKS seperti:
  1. Bau busuk dari kilang ayam.
  2. Masalah jadual potong rumput.
  3. Sekolah, tabika Kemas.
  4. Surau
  5. Pembinaan Post Guard.
  6. Pejabat MDKS di Desa Coalfields.

PihakMDKS memaklumkan RM1000 akan diberikan kepada semua persatuan penduduk yang berdaftar dengan MDKS dan pembukaan pejabat MDKS tidak lama lagi. Pihak DECOREAS berharap dengan sumbangan MDKS, ia akan dapat membantu melancarkan program-program yang bakal dijalankan kelak.

Trump Baja Sales
Cingular Phones