PERSATUAN PENDUDUK DESA COALFIELDS (DECOREAS)
Friday, May 09, 2008
Wednesday, May 09, 2007
PEMBUKAAN PEJABAT DECOREAS
Berita baik kepada ahli-ahli DECOREAS, pejabat persatuan akan beroperasi pada Isnin minggu depan 14/5/2007 dari jam 8:00 malam hingga 10:00 malam. Pejabat akan beroperasi 5 hari seminggu (Isnin hingga jumaat). Pendaftaran ahli baru juga akan dibuka, penduduk yang belum menjadi ahli boleh mendaftar di pejabat.
Wednesday, April 25, 2007
EMAIL GROUPS DESA COALFIELDS
satu email groups telah diwujudkan oleh penduduk desa coalfields bagi membincangkan isu-isu berkenaan dengan taman kita. Sekiranya berminat boleh la apply di alamat
http://groups.yahoo.com/group/DesaCoalfields
Selamat berinteraksi
Wednesday, April 18, 2007
LAWATAN KE KELANTAN
Adalah dimaklumkan bahawa Biro Hal Ehwal Wanita(HEW), Persatuan Penduduk Desa Coalfields (DECOREAS) dengan kerjasama RH Bestari Travel & Tour Agency akan menganjurkan satu lawatan ke negeri Kelantan pada :
Tarikh : 25hb Mei 2007 - 27hb Mei 2007 (3H1M)
Bayaran : RM90.00 seorang termasuk tempat penginapan 2 orang sebilik (Makanan tidak disediakan)
Pengangkutan : Bas sekolah berhawa dingin
HARI PERTAMA :
Bas akan mengambil semua peserta di tempat berkumpul sekitar jam 09:00malam. Bertolak ke Kota Bharu dan akan berhenti rehat di dua perhentian seperti Raub dan Gua Musang ( bersesuaian dengan masa dan keadaan).
HARI KEDUA :
Sebaik tiba di Kota Bharu, perjalanan akan diteruskan ke Rantau Panjang untuk membeli-belah. Selepas membeli-belah, sekitar jam 02:00 petang, meneruskan lawatan ke Pantai Sabak, Kilang Batik Asli, Wakaf Che Yeh dan Pengkalan Kubor. Pada lewat petang bertolak ke hotel untuk check-in dan berehat. Pada sebelah malam, acara bebas dan peserta berpeluang untuk bersiar-siar di sekitar bandar.
HARI KETIGA :
Selepas bersarapan pagi di sekitar hotel, check-out dan perjalanan pulang ke
Sekiranya anda berminat sila SMS ke 019-2217970 dahulu dan kembalikan keratan ini selewat-lewatnya 25hb April 2007 kepada mana-mana urusetia di bawah atau terus ke Peti Surat No. 11A,
Sebarang pertanyaan, sila hubungi urusetia berikut :
Fadzilah(Angah) No. 11A,
Azita Hj Badrin No. 2,
Sekian, terimakasih.
Majlis Beramah Mesra
Adalah dimaklumkan bahawa Biro Hal Ehwal Wanita(HEW), Persatuan Penduduk Desa Coalfields (DECOREAS) akan menganjurkan Majlis Beramah Mesra buat kali Kedua pada :
Tarikh : 5hb Mei 2007 (Sabtu) Masa : 2.30 petang – 6.30 petang
Tempat : Perkaranganan Pejabat Persatuan Penduduk Desa Coalfields,
No. 6,
Menu : “Pot Luck” atau bayaran sebanyak RM20.00 seorang
Tema Pakaian : Bunga-Bungaan
Tujuan : i) memgeratkan lagi silaturahim
ii) pemilihan Jawatankuasa HEW.
iii) membincangkan aktiviti yang berguna
Aturcara : 2.30 ptg Persiapan
3.00 ptg – 4.00 ptg Majlis Beramah Mesra
2.45 ptg – 6.30 ptg Jualan/Pameran
3.45 ptg – 5.15 ptg Jemputan (Untuk suami/lelaki)
4.15 ptg – 5.30 ptg Pertandingan Mewarna Kanak-kanak (3- 7 thn)/Menyusun Puzzle (8-12 thn)
4.45 ptg – 5.45 ptg Perbincangan aktiviti
5.45 ptg – 6.10 ptg Penyampaian Hadiah/Cabutan Bertuah/Pakaian Kreatif.
6.15 ptg – 6.30 ptg Berkemas dan bersurai.
Jawapan segera puan/cik/saudari sangat diharapkan bagi memudahkan kami untuk membuat perancangan. Sila kembalikan jawapan sebelum 25hb April 2007 dengan menghantar ke alamat No. 11A,
Untuk pertanyaan, sila hubungi urusetia berikut :
Fadzilah(Angah) No. 11A,
Azita Hj Badrin No. 2,
Fazila Ahmad No. 23,
Nadrah No. 33,
Surat Jemputan beserta Nombor Cabutan Bertuah akan diedarkan pada 1hb Mei 2007.
Penyertaan semua kaum amat dialu-alukan. Kami juga mengalu-alukan sukarelawan untuk majlis ini.
Wednesday, April 11, 2007
Wednesday, April 04, 2007
SAMBUTAN MAULIDUL RASUL DAN MESYUARAT AGONG SURAU ALHIDAYAH
Ceramah sempena MaulidulRasul akan diadakan di Surau Alhidayah selepas maghrib pada 7/4/2007.
Mesyuarat Agong Tahunan Kali 2 Surau Al Hidayah akan diadakan pada Ahad 8/7/2007 jam 10 pagi bertempat di surau Al Hidayah.
Thursday, March 29, 2007
BORANG PENDAFTARAN AHLI
Diminta penduduk-penduduk yang telah mengisi borang pendaftaran ahli memulangkan borang tersebut kepada saya di No 38, Jalan DC 1/15. atau hubungi saya di no 0192712498. Bagi yang belum ada borang tetapi ingin menjadi ahli, sila telefon atau email ke fitri.ramli@gmail.com.
terima kasih.