Sunday, March 25, 2007

Mesyuarat Agung DECOREAS KALI 2

Mesyuarat Agung Kali 2, telah diadakan semalam dengan jayanya tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini. Tiada sebarang bantahan kepada minit mesyuarat, laporan kewangan dan aktiviti yang telah dijalankan sepanjang tahun 2006.
Usul-usul yang telah dibawa kedalam AGM kali ini agak sedikit dan iaitu 3 usul sahaja:
1) Pinda alamat persatuan.
2) Penggunaan pengawal keselamatan.
3) Pembangunan pasar.

Terima kasih diucapakan pada para hadirin yang menghadiri mesyuarat dan pada penduduk alamanda yang datang sendiri untuk melihat perjuangan DECOREAS.
terimakasih.

2 Comments:

At 7:24 PM , Blogger Unknown said...

Assalamualaikum,

Terima Kasih kepada Decoreas dan AJK kerana telah menerima baik pandangan saya dari Allamanda yang pada waktu AGM tersebut sebagai pemerhati. Alhamdulillah saya telah menyertai Decoreas selepas AGM tersebut.

Terima Kasih kerana Decoreas telah memperjuangkan beberapa tuntutan dan isu penduduk-penduduk di Desa Coalfields ini. Kami penduduk baru dari Allamanda rasa pihak Decoreas dan penduduk Fasa 1 telah banyak memperjuangkan hak-hak penduduk yang terkemudian seperti kami.

Oleh itu saya menyeru rakan-rakan di Allamanda agar turut menjadi ahli Decoreas agar suara kita lebih kuat dan lantang.

Terima Kasih

9W2ALZ Razali

 
At 10:45 PM , Blogger pemikir said...

Terimakasih atas kesudian En Razali melawat blog DECOREAS. Kami di DECOREAS akan cuba sedaya upaya untuk memastikan Desa Coalfields menjadi kawasan kediaman yang ceria dan bersih.
Kami amat berharap dengan kemasukkan penduduk alamanda di dalam DECOREAS akan memperkukuhkan lagi DECOREAS di dalam memperjuangkan kebajikan ahli-ahlinya.

fitri
Setiausaha

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home

Trump Baja Sales
Cingular Phones